Q.S 11:46

Memahami ayat 11:46
 
Kiranya penterjemah salah dalam menterjemah maksud sebenar yang ingin Allah sampaikan dalam ayat ini. Mereka menganggap anak ni telah "kufur" jadi dia bukan keluarga Noah lagi.

Sebenarnya dalam ayat ini, Allah menceritakan kepada kita bahawa anak kepada Noah ini "bukanlah anak kandungnya" atau dalam kata lain dia bukan dari darah dagingnya. Allah bukan menceritakan "kekafiran" anak itu.

Key words dalam ayat ini iaitu "Inahu aamal ghayr salih"

INAHU = dia adalah
AAMAL = kerja
GHAYR SALEH = tidak saleh


Apa yang penterjemah keliru disini ialah perkataan "Aamal".
Perkataan "aamal" boleh digunakan sebagai "verb" atau "noun".
Ramai penterjemah menyangka perkataan "aamal" dalam ayat ini ialah "verb" tetapi evidence menunjukkan perkataan "aamal" digunakan sebagai "noun" dalam ayat ini.

Sebagai ingin mencarik bukti saja, mari kita menganggap bahawa "aamal" ialah "verb".
Jadi mari kita menterjemahkannya sebagai: "bekerja" atau "telah bekerja" (past tense)

Jika kita menyusun kata-kata ini bersama-sama (dengan verb dan noun) kita mendapat:

INAHU (dia adalah)
Aamaal (bekerja)
Ghayr salih (tidak saleh))


Iaitu: Dia BEKERJA yang tidak saleh!

Di dalam Arabic. selepas "verb"mesti dikuti dengan "noun", bukan adjective" tetapi "Ghayr salih" digunakan sebagai adjective dalam ayat ini.

Bila adjective digunakan, kita mesti akan melihat "noun" sebelum adjective ini iaitu perkataan "SAYYIAAT (plural) atau SAYYI'A (singular). Tapi kita tidak melihat perkataan ini digunakan oleh Allah.

Hanya jika "aamal" digunakan sebagai "noun", barulah ayat ini menjadi betul penyusunannya:

"Dia adalah KERJA yang tidak saleh"

Ini menerangkan bahawa isterinya telah berlaku curang terhadap Noah dan anak itu bukanlah anak kandung Noah.
Dalam kata lain, anak itu adalah hasil kerja yang tidak righteous iaitu dari perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya.


Perkara ini disahkan di dalam ayat berikut:
"Allah menyebutkan contoh-contoh dari orang-orang yang kafir, isteri Nuh dan isteri Lut. Mereka telah berkahwin dengan dua hamba Kami yang soleh tetapi mereka pengkhianatan mereka ...." 66:10

Pengkhianatan yg dilakukan disini ialah berlaku curang kepada pasangan mereka. Kekafiran seseorang itu "tidak akan "melibatkan" orang lain kerana jika seseorang itu kafir, mereka hanya mengkhianati diri mereka sendiri.
_________________

Kita membaca Nabi Nuh merayu kepada Allah untuk menyelamatkan anaknya namum Allah cuba mententeramkan dia dan menerangkan anak itu bukanlah KELUARGA-nya...

Perkataan (dia bukan keluarga) hanya bermakna bahawa anak itu bukan salah satu daripada keluarga Nuh. Jika anggota keluarga kita kafir sekalipun, mereka ini MASIH anggota keluarga kita. Kekafiran ] tidak akan membatalkan ikatan keluarga.

Terdapat banyak ayat-ayat dalam Quran yang berbicara tentang orang kafir dalam keluarga orang yg beriman.

Contoh ialah dalam kisah Nabi Ibrahim dan bagaimana Allah merujuk bapa Ibrahim sebagai seoarang yg kafir (6:74). Walaupun kafir, ayah Ibrahim masih disebut sebagai salah seorang ahli KELUARGA Ibrahim.

Oleh itu, apabila Allah berkata kepada Nuh bahawa anak itu bukan keluarganya, ini perlu diambil dalam ertikata GENETIK.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Over View

PERTUMBUHAN ILMU-ILMU ISLAM DI MADRASAH

(Nana Masrur) Kompetensi Dasar : Mampu Menguraikan Pertumbuhan Ilmu-Ilmu Islam di Madrasah Indikator : Madrasah dan Perkemb...