SYURA

Syura Dalam Kepimpinan Islam


1.0 Pendahuluan
Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura (musyawarah). Makna syura ialah seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Karana pendapat dua orang atau lebih dalam jamaah itu dianggap lebih mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja.

Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai sudut, sesuai dengan perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta tingkat pengetahuan mereka. Dengan demikian, maka keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi (tashawwur) yang sempurna dan berdasarkan keputusan yang menyeluruh.
2.0 Definisi Syura
Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat muslim.

Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud mensyuarat. Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan. (Mustafa Hj. Daud, 1991)
3.0 Dalil Syura
Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas kewajipan bersyura, antanya ialah:

3.1 Al-Quran
{فاعف عنهم واستغفر لهم وشاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين}
Maksudnya:
Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(Ali Imran: 159)
3.2 Al-Sunnah
فمن بايع رجل من غير مشورة من المسلمين فلا يتابع هو ولا الذى بايعه تغرة أن يقتلا
Maksudnya:
Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
4.0 Hukum Syura
Melihat kepada kedudukan syura di dalam al-Quran dan al-Sunnah, di samping peranannya yang amat besar dalam mewujudkan sistem pemerintahan, memadukan masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan bahawa syura adalah wajib keatas para pemimpin Islam di setiap zaman dan juga tempat.

Al-Qurthubi mengambil perkataan Ibnu ‘Athiyah, “Syura termasuk salah satu kaedah syariat dan juga dasar hukum. Barang siapa tidak bermusyawarah kepada para ilmuan dan ahli agama, maka ia wajib dipecat. Hal ini tidak ada perselisihan terhadapnya.”
Al-Qurthubi juga mengambil kata-kata Ibnu Khuwaiz Mindad, “ Para pemimpin wajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas dan juga hal-hal yang berkaitan dengan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan urusan negara serta pembanggunan. .(Hussaian Muhammad, 1990: 73)
Penulis tafsir al-Manar, ketika mentafsirkan ayat “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” Beliau berkata ini adalah perintah kepada pemimpin agar melakukan musyawarah, dan bermusyswarah hukumnya adalah wajib baginya.

Ketika mentafsirkan ayat tersebut, Sayyid Quthb berkata, “ ini adlah nas yang tegas dan tidak boleh diragui lagi oleh umat Islam, syura adalah dasar asasi bagi tertegaknya sistem pemerintahan Islam. Islam tidak boleh membangun kecuali di atas prinsip ini. (Ibid. 73)
5.0 Peranan Majlis Syura
Terdapat beberapa peranan yang penting wujudnya majlis syura di dalam sistem kepimpinan Islam. Antaranya adalah untuk: (Ahmad Redzuan & Anuar Puteh, 2001: 65)
a) Melakukan Pemilihan Ketua Negara
Syura memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketua bagi sesebuah negara Islam. Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, tidak ada nas yang jelas menghuraikan tentang cara perlantikanny. Tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. yang boleh dijadikan panduan bagi perlantikan seorang ketua. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh (Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)

b) Mendekatkan rakyat.

dengan pemerintah Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan pemerintah, tetapi turut diikuti oleh golongan-golongan lain seperti ahli akademik, perniagaan dan sebagainya. Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuklah rakyat jelata.
Kekuatan syura terletak pada kenyataan pada kenyataan bahawa musyawarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang menyangkut masyarakat umum. Hal ini juga akan menyebabkan wujudnya keharmonian dalam soal bernegara.
c) Menegakkan dan menyebarkan agama Islam
Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana itulah Islam memberi penekanan yang amat besar terhadap kosep syura, khususnya dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama.selain itu syura juga memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.
Syura juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari lembah dosa, terutamanya dalam melaksanakan sesuatu hukum. Ini adalah kerana, jika pemimpin menggunakan keputusan sendiri, ianya ditakuti akan dipengarui oleh faktor-faktor luar.
d) Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam
Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud, dalam masa yang sama ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu kepimpinan. Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah syura.

Oleh itu, syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinannya. Lebih jauh daripada itu, syura bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran, malahan ia sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam.
e) Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan
Sebagaimana yang diketahui, syura merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan. Proses syura berlansung dalam keadaan aman, masing-masing saling menghormati pandangan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, secara tidak lansung syura Berjaya membentuk akhlak mulia di kalangan ahli majlis syura di dalam sesuatu kepimpinan. Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan mereka yang berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain, berpandangan positif terhadap kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka sebuah kepimpinan dapat dibentuk dengan cemerlang.
6.0 Kelayakan Menganggotai Majlis Syura 
Dalam Islam, syarat-syarat untuk menjadi anggota majlis syura sangat dititikberatkan. Tidak semudah syura-syura yang terjadi kini, di mana siapa saja boleh terlibat. Sifat-sifat anggota majlis sangat menentukan bentuk keputusan sesuatu syura. Baik anggotanya, maka baiklah keputusannya. Tidak baik anggotanya, maka tidak baiklah keputusannya. (H. Zainal Abidin Ahmad, 1977: 47)
Atas dasar itu, Islam menetapkan beberapa ciri atau sifat-sifat orang yang layak bersyura. Mereka adalah:
1) Beragama Islam.

Dengan orang bukan Islam tidak ada syura (yakni dalam urusan khusus umat Islam saja). Hal itu berdasarkan Hadist Rasulullah:
Mereka yang hendak selesaikan sesuatu urusan maka mereka bermusyawarah yang anggotanya orang-orang Islam. ALLAH bersama mereka dalam menyelesaikan urusan itu. (Riwayat Ath Thabrani)
Orang bukan Islam itu, mereka tidak tahu mana yang hak dan mana yang batil menurut pandangan Islam. Selain itu orang kafir yang memusuhi Islam, kalau terbawa ke dalam majlis syura, ia akan memberi pandangan-pandangan yang jahat dan beracun serta membahayakan umat Islam. Bagaimanapun dalam Negara Islam, hak-hak orang bukan Islam tidak diabaikan sama sekali. Urusan mereka dibincangkan bersama mereka. ertinya, segala kepentingan bersama dan keperluan mereka disyurakan dengan mereka.
2) Bertaqwa. 
Tidak semua orang Islam layak diajak berbincang. Sebab tidak semua orang Islam mampu memberi fikiran yang adil dan ikhlas dalam perbincangan dan dalam membuat keputusan. Syarat taqwa itu amat penting dalam melindungi dan mendorong manusia supaya membuat keputusan yang tepat, bersih dan diberkati.
3) Cerdik, 
yakni orang yang memiliki buah fikiran yang baik, bernas, logik, tajam dan tepat. Pandangan dari orang-orang seperti itu saja yang diperlukan. Selain dari mereka itu, tidak perlu dijemput untuk dibawa berbincang. Sebab mereka akan memberi pandangan yang tidak tepat. Hal itu membuat majlis tersebut membuang masa sahaja. Selain itu, kalau pandangan mereka ditolak, nanti akan timbul kecil hati. Sebab itu lebih baik tidak dijemput ke majlis syura.
4) Seorang yang sesuai dengan bidang yang akan dibincangkan. 
Syarat itu penting diperhatikan supaya orang-orang yang akan membuat keputusan dalam hal yang disyurakan itu, betul-betul orang yang tahu seluk beluk perkara tersebut. Kalau orang pertanian, ditanya fikirannya tentang hal-hal ketentaraan, tentu dia akan memberi jawaban yang tidak tepat. Dan kalau pandangannya diterima sebagai keputusan syura, akan merugikan negara dan masyarakat itu sendiri.
Kesalahan ini nampaknya sudah jadi tradisi dalam masyarakat sekular sekarang. Bahkan dalam soal-soal agama pun, penyelesaiannya dicari menggunakan kaedah yang salah. Umpamanya, dalam menyelesaikan masalah agama maka dibuat satu seminar dengan tajuk yang berkaitan. Lalu diundanglah di dalamnya segala macam manusia. Yang bukan ahlinya pun ada, yang tidak solat pun ada, yang tidak cerdik, kaum perempuan, yang buka aurat pun ada dan macam-macam lagi. Bila tiba saatnya memberi pendapat, maka digabunglah pendapat kesemuanya itu, lalu dijadikan sebagai keputusan seminar atau keputusan bersama (resolusi) untuk dijadikan tindakan dan keputusan itu sungguh meragukan. Dalam Islam Rasulullah bersabda:
Tiada agama bagi mereka yang tidak berakal.
Ertinya, di kalangan orang-orang beragama, yang paling cerdik itulah yang paling kuat dan tepat agamanya. Sebab itu perbincangan tentang masalah agama itu hanya layak dibuat oleh orang-orang tersebut. Orang-orang selain mereka tidak dapat diharapkan ilmu dan fikirannya. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini, urusan agama bukan ditimbang pada-syarat-syarat tersebut. Sebaliknya dibuat mengikuti selera sekular. Pelantikan mufti misalnya, disyaratkan pada faktor umur bukan faktor ilmu, ketaqwaan, kecerdikan dan pengalamannya. Hasilnya, macam-macam kesalahan dalam berfatwa telah dibuat, yang mengakibatkan banyak timbul masalah dalam masyarakat. Apa yang difatwakan meragukan. (Ibid, 53)
7.0 Jumlah Anggota Syura
Dalam Islam, jumlah anggota majlis musyawarah bukan mesti sampai satu dewan. Syura dapat dibuat oleh paling kurang antara dua orang anggotanya sahaja. Keputusan perbincangannya dianggap sebagai keputusan majlis syura. Tempat perbincangannya juga tidak mesti di tempat yang dikhususkan, istimewa atau secara rasmi
Perkara-perkara apa yang boleh dan tidak boleh disyurakan. Karana dalam Islam bukan semua perkara mesti disyurakan. Ada perkara-perkara yang keputusannya hanya dibuat oleh ketua saja, pengikut atau rakyatnya wajib taat dan menerima dengan sepakat. Hal seperti itu banyak terjadi di antara Rasulullah dan para Sahabat. Di mana keputusan dibuat tanpa soal jawab dan perbincangan dengan siapa pun. Sahabat-Sahabat hanya menerima dengan patuh. Kadang-kadang keputusan, undang- undang atau hukum-hukum yang diarahkan itu memeranjatkan dan tidak difahami. Tetapi karana mereka yakin pemimpin mereka itu mendapat pimpinan langsung dari Allah, maka mereka pun dapat taat. (.(Hussaian Muhammad, 1990: 91)
Syura dalam Islam dibenarkan dan digalakkan terhadap perkara-perkara berikut:
1) Perkara-perkara yang belum ditetapkan hukumnya oleh ALLAH SWT. Hukum-hukum yang sudah jelas jelas atau sahih dan qad’ie kedudukannya dalam Islam, tidak boleh disyurakan. Seperti tentang wajibnya sembahyang, puasa, menutup aurat, berjihad, bersilaturrahim dan lain-lain lagi. Demikian juga sebaliknya seperti haramnya arak, judi, zina, buka aurat, bergaul bebas dan sebagainya.
Perkara-perkara itu tidak boleh dimusyawarahkan lagi. Sebab Allah sudah membuat keputusan yang tidak boleh dibatalkan dalam musyawarah.
2) Hukum-hukum yang belum lagi dibincangkan oleh ulama mujtahidin yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3) Perkara-perkara yang belum diperintahkan oleh ketua jemaah atau ketua negara. Untuk keputusan-keputusan yang sudah dibuat oleh ketua, dan sudah diperintahkan untuk dilaksanakan, di mana perintah itu tidak bertentangan dengan syariat, tidak boleh disyurakan lagi. Sekalipun arahan itu kita tidak setuju dan tidak faham.
4) Perkara yang bukan keputusan dari satu syura yang telah dibuat baik dalam keluarga, jemaah atau negara. Keputusan apapun yang telah diambil oleh syura mana-mana pun, tidak boleh disyurakan sekali lagi. Tidak boleh ada satu syura lain untuk menolak satu keputusan syura yang telah diambil, bila keputusan itu dibenarkan oleh syariat. Hal itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara, setelah kamu bulat menerimanya, maka bertawakallah kepada Allah. (Ali Imran: 159)

Bila satu keputusan telah dibuat, jangan ada lagi yang berdalih, ragu-ragu, tidak puas hati dan ingin merombak kembali. Laksanakanlah dengan bertawakkal kepada Allah.
Karana perkara-perkara yang boleh disyurakan itu ialah perkara-perkara yang belum ditetapkan hukum dan caranya oleh Allah, perkara yang belum diarahkan oleh ketua dan perkara yang belum diputuskan oleh syura sebelumnya, ertinya perkara-perkara itu ialah:
1) Soal-soal teknik dan cara yang wajib dan sunat untuk dapat melaksanakan hukum-hukum Allah. Contohnya, dalam melaksanakan solat boleh dibincangkan tentang tempat wudhuknya, tempat solatnya, cara-cara untuk mengajak orang banyak untuk bersolat dan lain-lain lagi. Usaha-usaha untuk mengharamkan arak boleh disyurakan, umpamanya berbincang bagaimana untuk membatasi penghasilan arak, penjualannya dan alternatif pengganti arak. Kiaskanlah dengan hal-hal lain seperti cara-cara untuk membangun rumah sakit Islam, tempatnya dan lain-lain lagi.
2) Soal-soal ke arah pelaksanaan perintah ketua jemaah atau negara. Contohnya, ketua mengarahkan pindah. Maka syurakan bagaimana cara-cara perpindahan itu dapat dibuat. Atau ketua arahkan buat program Maulid Nabi, maka disyurakanlah cara-cara menjayakannya.
3) Syura mengenai perkara-perkara yang mubah hukumnya. Contohnya, pembinaan tempat-tempat rehat, program musafir , membangun tempat-tempat hiburan yang halal dan sebagainya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Over View

PERTUMBUHAN ILMU-ILMU ISLAM DI MADRASAH

(Nana Masrur) Kompetensi Dasar : Mampu Menguraikan Pertumbuhan Ilmu-Ilmu Islam di Madrasah Indikator : Madrasah dan Perkemb...