Adakah Iblis dari kalangan Jin ATAU adakah Iblis menjadi Jin?

★ Tidak pernah kita jumpai "golongan SYAITAN"
★ tetapi... kita selalu membaca adanya "golongan JIN"
★ Apa yg kita baca adalah Iblis dibuang dari "golongan MALAIKAT" dan dimasukkan dalam "golongan JIN".
✔ Indikasi bahwa perkataan "SYAITAN" hanya digunakan sebagai "description" atau "gambaran" di dalam quran.

PERTANYAAN:
Adakah Iblis dari kalangan Jin ATAU adakah Iblis menjadi Jin?

Bila kita meneliti ayat 18:50, kita melihat beberapa terjemahan iaitu Iblis ialah dari kalangan jin dan ada juga yang menterjemahkan Iblis menjadi jin...

Key word untuk ayat ini ialah perkataan "KANA".

Mari kita lihat contoh penggunaan perkataan "KANA" dalam Quran:

- Kana bermaksud MENJADI dalam ayat 11:43.

"Wa hhala bainahum al-maa, fa kana min al-ghareqeen"

"Ombak memisahkan mereka dan dia (anak Nuh) MENJADI antara yang tenggelam" (11:43)


Penggunaan perkataan KANA pada ayat 11:43 hanya boleh membawa maksud "MENJADI".

Anak Nuh "tidak tenggelam" sehinggalah ombak datang memisahkan mereka, lalu dia MENJADI diantara orang-orang yang tenggelam.

- Kana bermaksud MENJADI dalam ayat 7: 175

"Bacalah kepada mereka berita dari seorang yang telah diberikan bukti-bukti Kami, tetapi memilih untuk mengabaikannya. Oleh yang demikian, syaitan mengikutinya, lalu dia MENJADI seorang yang sesat" (7:175)
Orang ini tidak sesat sehinggalah dia menolak wahyu, dan kemudian diikuti oleh syaitan, barulah dia MENJADI seorang yang sesat.

Jadi dalam ayat 18:50, kita diberitahu bahawa perintah sujud dikeluarkan kepada SEMUA MALAIKAT, tetapi Iblis enggan melakukannya.

Ini menunjukkan Iblis adalah salah seorang dari malaikat, kalau tidak, dia tidak akan menerima perintah untuk sujud kepada Adam dalam ayat ini.

Oleh kerana dia enggan sujud, lalu dia MENJADI jin.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Over View

PERTUMBUHAN ILMU-ILMU ISLAM DI MADRASAH

(Nana Masrur) Kompetensi Dasar : Mampu Menguraikan Pertumbuhan Ilmu-Ilmu Islam di Madrasah Indikator : Madrasah dan Perkemb...